
Sulit
3 tahun
Bantuan Psikologi [social anxiety, depression]
Saya perempuan, umur 20 tahun. Saya berada dirumah sejak mac 2020 dan dekat hampir 6 bulan (dari mei 2021) saya tak bercakap dengan ahli keluarga mahupun sesiapa. Saya rasa murung dan risau nak berkomunikasi dengan orang. Setiap kali lepas saya chat/jumpa orang untuk tugasan kerja, mesti saya rasa takut dan rasa berat sgt hati ni. Saya terpaksa off notification whatsapp dan telegram atas sebab ini, dan saya juga tidak chatting dengan sahabat-sahabat lain. Saya rasa tidak diterima dan rasa kurang sempurna in everything. Saya ada buat ujian DASS online 3 kali sejak 2020 dan result always the same (sangat teruk, utk ketiga-tiga aspek). Saya rasa macam saya ada social anxiety and depression. Sekarang ni saya rasa saya memang nak ambil ubat untuk hilangkan nervous dan rasa berat ni sebab saya dah tak larat hidup macam ni, saya main phone dan tidur ja setiap masa. Saya nak tanya, boleh ke kalau saya ambil ubat paroxetine/sertraline tanpa prescription doktor? Saya fikir nak consume ubat bila betul2 perlu sahaja. Saya bukan taknak jumpa doktor tapi saya risau nak bercakap dengan orang. Sekiranya perlu juga untuk saya berjumpa doktor, adakah boleh kalau saya guna khidmat doctoroncall (secara texting) untuk rawat masalah psikologi? Kalau boleh memang saya taknak berjumpa dengan orang tapi saya perlu bantuan.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan mental anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah murung, ketakutan, rasa tidak diterima, rasa kurang sempurna dan tidak mahu berkomunikasi. Saya akan cuba membantu anda dengan memberikan maklumat yang berkaitan situasi ini.
Merujuk kepada gejala yang sedang dialami, anda mungkin mengalami kemurungan. Terdapat beberapa tanda daripada kemurungan. Antaranya adalah:
- Merasa sedih, hampa dan risau
- Merasa bersalah dan tidak berharga
- Kurang berminat dalam beraktiviti
- Mudah berasa jengkel
- Tidak bersemangat
- Ada perasaan ingin bunuh diri
- Kurang bertenaga
- Sukar untuk tidur
Untuk makluman anda, terdapat beberapa cara yang boleh dijadikan inisiatif untuk menangani masalah ini, iaitu dengan mengamalkan gaya hidup sihat secara mental, fizikal, dan spiritual.
Bagi fizikal, bersenam selalu, amalkan diet sihat, dan tidur secukupnya. Untuk mental, belajar meluahkan perasaan dan isi hati melalui kaunseling atau mereka yang sangat dipercayai atau kepada doktor. Spiritual pula, dekatkan diri kepada tuhan selaras tuntutan dan ajaran agama.
Sekiranya diperlukan dan anda bimbang ianya adalah penyakit psikiatri, terdapat beberapa persatuan yang boleh anda hubungi:
Malaysian Mental Health Association
- Any mental health issue
- Qualified mental health professionals
- Language: English, Malay, Chinese
- Hotline: 03-27806803
MyCareCov19
- For emotional support
- Government established
- Email: mycarecov19@islam.gov.my
- Language; Malay
- Hotline: 03-8870 519/7527/7528
Mercy Malaysia
- 8am to 5pm everyday
- Language: English, Malay, Tamil
- Hotline: 03-29359935
BEFRIENDERS
- Hotline numbers:
KL: 03-7956 8145 (24 hours)
Ipoh: 05-547 7933 (4pm to 11pm)
Penang: 04-281 5161 (3pm to midnight) - E-Mail: sam@befrienders.org.my
- Website: https://www.befrienders.org.my/
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor