Sulit
2 tahun
Batuk kahak yang berdarah
- akan batuk keluar kahak as soon as bangun tidur waktu pagi , discharge kahak akan ada darah sikit sikit
- cuma akan berlaku waktu pagi , lepas satu jangka masa akan back to normal
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala kahak berdarah boleh disebabkan oleh pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Luka pada tekak
- Luka daripada rongga hidung mengalir ke tekak
Namun, masalah sedemikian juga boleh berlaku atas faktor yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan segera daripada doktor , seperti:
- Jangkitan paru-paru
- Terdapat masalah pembekuan darah / darah cair
- Pendarahan di dalam rongga paru-paru, saluran pernafasan atau perut
Berkenaan masalah yang anda hadapi, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.
Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.