Sulit
3 tahun
Saya Ada masalah kahak pekat,, sesak nasaf
Saya wanita berumur 35 tahun, saya Ada masalah kahak pekat, sesak nasaf
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kahak yang pekat disertai dengan masalah sesak nafas. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Terdedah kepada cuaca sejuk
- Alahan pada persekitaraan atau makanan yang boleh menyebabkan kahak berlebihan.
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan tidak sihat
- Kerap mengambil makanan dan minuman yang sejuk
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak ( Postnasal Drip )
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Keradangan sinus akibat jangkitan.
- Keradangan atau jangkitan kuman pada tonsil ( Tonsilitis ) yang boleh menyebabkan tonsil bengkak. Selalunya ia akan disampingi dengan gejala sakit tekak.
- Jangkitan pada tekak atau ruang hidung
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti Pneumonia dan penyakit Tuberculosis . Namun, penglibatan paru-paru akan menyebabkan gejala batuk.
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih