Sulit
3 tahun
Kahak berpanjangan bermula april
Saya mempunyai masalah kahak yang berpanjangan. Tidak demam dan tidak batuk. Cuma merasa ada sedikit sakit di bahagian dada dan sakit ngilu d belakang mata/hidung sebelah kiri. Kadang-kadang terasa gatal di dada. Saya sudah consume beberapa jenis ubat batuk dan kahak yang berada di farmasi. Namun masalah masih berlanjutan. Adakah ia berkaitan dengan masalah paru2 atau kanser hidung?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Penyakit pada resdung
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Post-nasal drip
- Penyakit pada tekak
- Penyakit pada sistem penafasan
- Penyakit gastrik
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.