Sulit
2 tahun
Kahak putih seakan ditolak keluar dari dalam tekak menyebabkan muntah
hi saya lelaki berusia 39 tahun, ini kali ke-3 dalam masa 2bulan terjadi nye masaalah ini. saya tidak batuk, tidak demam. cuma kadang2 terasa macam ada lendir yg menolak2 hendak keluar dari dalam tekak dan akan menyebab kan muntah(all out) dan sampai sukar bernafas(ketika muntah). keadaan ini(muntah) selalu berlaku selepas saya tidur waktu malam.
Muntah Pertama
-Lendir putih
-Banyak dan tidak larut dalam air
-Timbul dalam airMuntah Kedua
-ape segala yg ada dlm perut akan keluar.
-sehingga sesak nafas
-akan berlarutan sehingga 3-4 kali muntah.
-terpaksa minum air dgn banyak utk tidak sakit waktu muntah
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda bertanyakan tentang masalah muntah kahak. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara. Antaranya ialah:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda lebih lanjut atau merujuk anda kepada pakar sekiranya perlu.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.