Sulit
3 tahun
Tekak ada kahak bila waktu malam
Salam sejahtera doktor… kebelakangan ini sya kerap mengalami kahak yg tersekat di leher pada waktu malam… bila waktu siang tekak sya ok. Mohon pencerahan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda mengajukan soalan tentang masalah kahak yang anda alami pada waktu malam. Kami akan cuba membantu anda.
Kahak adalah lendiran di dalam saluran pernafasan anda. Kahak boleh menjadi lebih banyak apabila berlakunya jangkitan atau keradangan. Kadang kala, anda mungkin merasa lebih banyak kahak kerana mengalami masalah post nasal drip iaitu lendiran daripada hidung turun ke tekak anda. Ini boleh menjadi lebih banyak pada waktu malam kerana anda sedang berbaring dan lendiran ini berkumpul di tekak anda.
Untuk mengetahui punca sebenar dan merawatnya anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Untuk mengurangkan kahak pada waktu malam, anda boleh meninggikan kepala anda dengan bantal agar kahak atau lendiran ini tidak berkumpul.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.