Sulit
3 tahun
Demam , batuk berkahak seperti nanah (kuning)
Saya Mila 28 tahun. Saya mengahadapi masalah lungs collapse sebelah kiri disebabkan TB. Namun skrg saya sudah bebas TB. Sejak akhir2 ini saya seringkali demam seram sejuk pada sebelah petang (3 petang ke atas) serta batuk yang mngeluarkan kahak ssperti nanah kerana bewarna kuning pekat. Suhu bdn saya tidak terlalu tinggi hanya 37.4.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, kami memahami anda mempunyai sejarah TB dan paru-paru rosak sebelah kiri. Kini anda mengalami demam, batuk serta kahak berwarna kuning. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, sejarah TB dan paru-paru rosak menyebabkan anda kini lebih cenderung kepada jangkitan serta komplikasi. Antara komplikasinya adalah:
- bronchiectasis
- kronik pulmonari aspergillosis
- hemoptasis
- broncholithiasis
- kanser
Antara senarai berikut, komplikasi yang paling dekat dengan simptom anda adalah bronchiectasis. Kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih mengalami masalah batuk/sakit dada/batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!