Sulit
3 tahun
Kahak berdarah, dada rasa sedikit ditekan
Salam sejahtera doktor,
Saya wanita 26 tahun.
sejak hampir 2 minggu lepas, setiap pagi saya spit out blood clot / blood dalam 1-2 spit. Mula-mula saya saya ingat aebab masalah gigi. tetapi dalam seminggu lepas dada tgh / kanan bahagian atas kadang-kadang ada rasa kena pressured.
Dalam 3-4 hari lepas saya ada bersin & on off runny nose. Saya start rasa feverish semalam pagi dan beransur hilang menjelang tengah hari.
Pagi ni pun ada rasa feverish sedikit.
Dalam minggu ni, saya ada batuk sekali sahaja tak ingat hari apa.
Sepanjang minggu ni, ada rasa kekeringan tekak/ mulut walaupun minum air lebih dari hari biasa.
Semalam saya ada buat covid test free gov selangor; negatif. Mohon pencerahan samada perlu kah saya buat x-ray.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
elamat sejahtera, terima kasih atas soalan.
Kami memahami kerisauan anda tentang gejala yang anda sedang alami. Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami batuk berdarah:
- Jangkitan paru-paru (bakteria, parasit)
- Kanser paru-paru
- COPD
- Tibi atau tuberkulosis
- Bendasing (foreign body)
Namun begitu, ini hanyalah pandangan kami secara am mengapa anda mengalami batuk berdarah. Anda perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut dan supaya rawatan yang sesuai dapat diberikan.
Masih mengalami masalah batuk berdarah? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ingin kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor dengan kadar segera sekiranya anda mengalami gejala-gejala berikut:
- Demam
- Berat badan turun dan hilang selera makan
- Terdapat pertukaran dalam kualiti suara
- Kesukaran bernafas
- Sakit dada
- Aktiviti harian terganggu
Jika anda mempunya pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi kami di ( DoctorOnCall ) untuk sesi konsultasi secara peribadi. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.