Sulit
2 tahun
Berkahak dan nafas berbunyi
hi doctor saya nak tanya ya , anak saya nafas dia berbunyi kenapa ya sebab masa dia baru lahir ada kahak skrg dia dh 2 bulan nafas berbunyi . Saya dah pergi mcm mcm klinik dgn hospital dorang kata normal normal ke nafas dia berbunyi bahaya atau tak
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, apabila terjadi batuk berkahak dan nafas berbunyi, terdapat beberapa kondisi yang mungkin dialami oleh anak anda seperti:
- Asma
- Jangkitan saluran pernafasan atas
- Bronkiektasis
- Tuberkulosis (Tibi)
- Bronkitis
- Kanser paru-paru
Namun begitu, maklumat diatas hanyalah keterangan am tentang masalah ini. Bagi mendapatkan kepastian secara terperinci mengenai diagnosis penyakit, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.