Sulit
3 tahun
Penyakit tairod dan polip hidung
Nama saya Rohana umur saya 26 tahun saya ada penyakit tairod dah 9 tahun dan penyakit polip 1 tahun…sekarang saya rasa ada ketulan dikerongkong dan air liur saya penuh dalam mulut saya sukar bercakap kahak terlalu banyak dan hidung saya tersumbat saya sekarang tak boleh bercakap banyak sebab penat…ubat tak berkesan bagi saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, kahak banyak boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- penyakit Tibi (tidak boleh didiagnos tanpa ujian kahak, oleh itu anda disarankan menjalani ujian tersebut)
- kesan sampingan ubat-ubatan seperti ubat darah tinggi
- Bronkiektasis
- asma (lebih-lebih lagi batuk pada waktu malam)
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.