Sulit
3 tahun
Masalah kesihatan badan
Saya telah mengalami keadaan berkahak dari minggu lepas dlm 18hb Mei dan kemudian batuk-batuk. Saya telah mengambil ubat cecair kahak dan diberikan antibiotik dan diminta utk menghabiskan antibiotik. Tetapi selepas beberapa hari masih di tekak berkahak dan saya perlu batuk utk mengeluarkan kahak. Selain itu, saya mengalami sakit-sakit badan di bahagian belakang dari atas bahu ke atas pinggang dan di bahagian dada terasa seperti bahang panas. Saya juga sering berasa haus dan kerap meminum air. Badan juga berasa lesu
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala batuk berpanjangan yang anda alami boleh disebabkan:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.