Sulit
3 tahun
Kahak yang tebal susah nak keluar
Saya berumur 21 tahun, saya mengalami kahak di tekak dan dada, dan sangat susah untuk dikeluarkan, dan saya tiada masalah kesihatan lain dan tiada juga selsema dan batuk, hanya kahak sahaja dan susah nak keluar, soalan saya, apakah penyebab kahak ini terjadi. Sebelum tu, saya ad consume vitamin C, adakah sebab vitamin C tersebut?.Terima kasih atas jwapan
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan ini.
Melalui kenyataan yang disampaikan diatas, anda mengalami masalah kahak yang tebal dan sukar untuk dikeluarkan. Kami memahami kerisauan yang dialami oleh anda dan kami akan cuba untuk membantu dalam hal ini.
Untuk makluman anda, gejala yang sedang anda hadapi boleh disebabkan oleh masalah seperti:
- Terdedah kepada cuaca sejuk
- Alahan pada persekitaraan atau makanan yang boleh menyebabkan kahak berlebihan.
- Gaya hidup yang terlalu sibuk dan tidak sihat
- Kerap mengambil makanan dan minuman yang sejuk
- Cecair hidung yang jatuh ke tekak ( Postnasal Drip )
Namun begitu, masalah yang anda alami juga boleh disebabkan oleh perkara yang lebih serius dan memerlukan pemeriksaan doktor segera seperti:
- Keradangan sinus akibat jangkitan.
- Keradangan atau jangkitan kuman pada tonsil ( Tonsilitis ) yang boleh menyebabkan tonsil bengkak. Selalunya ia akan disampingi dengan gejala sakit tekak.
- Jangkitan pada tekak atau ruang hidung
- Jangkitan kuman pada paru-paru seperti Pneumonia dan penyakit Tuberculosis . Namun, penglibatan paru-paru akan menyebabkan gejala batuk.
Justeru, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut mengenai cara bagaimana untuk mengatasi masalah yang anda hadapi.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda. Terima kasih