Sulit
2 tahun
Kahak putih yang susah untun dihilangkan
Saya umur 15 tahun dan saya selalu minum air tetapi kahak saya bewarna putih tidak hilang dari tekak saya selama 4 hari.
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kahak berlebihan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Penyakit asma - asma kerap menyerang pada waktu malam
- Asid refluks (gastrik) - asid perut yang memasuki saluran udara boleh menyebabkan refleks batuk berpanjangan
- Penyakit tibi - tibi kadang-kala sukar untuk ditemui dalam x-ray
- Jangkitan saluran udara oleh virus disertai dengan kesan jerebu
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sebelum gejala gejala tersebut mengundang komplikasi yang lebih teruk. Anda juga boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih terperinci mengenai langkah yang perlu dilakukan pada waktu ini.
Kami berharap jawapan kami dapat membantu anda. Terima kasih.