
Sulit
3 tahun
Bekas bisul terdapat sedikit benjolan
Assalamualaikum/Salam sejahtera doktor. Saya wanita berumur 28 tahun. Baru-baru ni saya ada bisul pada bahagian mulut (bibir atas). saya dah pergi klinik… dan makan ubat antibiotik dan susut bengkak… tapi bengkak tak surut. pada minggu ketiga bisul dah keluar mata nanah dan akhirnya pecah. saya telah mengeluarkan nanah tersebut. mata bisul tu muncul di kawasan kulit bibir. nanah dah habis keluar tapi masalahnya ada sedikit benjolan keras kecil dalam kawasan bibir tu…benjolan tu tak rasa sakit bila di tekan. bila saya tekan benjolan tu secara perlahan akan keluar cecair jernih di tempat lain iaitu di atas kulit bibir atas (luka mata bisul sudah tertutup) adakah benjolan itu akan kekal atau bisul masih dalam proses penyembuhan? terima kasih doktor.

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami memahami anda mendapat bisul dan kini terdapat lagi benjolan dibahagian yang dikatakan dan seperti sesuatu berada di dalamnya.
Anda dilarang sama sekali untuk menyentuh atau memicit bisul seperti ini lebih-lebih lagi yang berada di bahagian muka dan perlu membiarkan bisul sebegini hilang secara sendiri.
Kebanyakkan waktu,dengan memicit suatu bisul ,anda hanya merosotkan lagi keadaan kulit dengan menambahkan kuman daripada jari kita.
Selain itu,dengan memicit dan menggunakan jari anda,kesan luka akan terhasil pada bahagian yang dikatakan.
Anda disarankan untuk membiarkan saja bahagian tersebut dan benjolan tersebut akan reda dengan masa.
Kami harap jawapan ini membantu.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!