
Anonymous
5 tahun
Buah Zakar tidak turun
saya 25 tahun dan mempunyai masalah diatas semenjak bayi

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berkenaan dengan masalah yang anda hadapi, keterangan yang anda berikan tentang masalah anda adalah kurang lengkap. Merujuk kepada kondisi yang anda nyatakan yaitu buah zakar tidak turun sejak bayi, kondisi ini juga dikenali sebagai undescended testis (UDT).
Untuk pengetahuan anda, secara normal buah zakar terbentuk di sekitar perut dan kemudiannya turun masuk ke skrotum sebaik sahaja lahir. Sekiranya belum turun, biasanya akan diobservasi selama beberapa bulan sehinggalah buah zakar turun. Akan tetapi, apabila buah zakar tidak turun setelah usia bayi 6 bulan, biasanya doktor akan merekomendasikan tindakan bedah untuk menurunkan buah zakar ke skrotum. Bagi lelaki berusia dewasa dengan buah zakar tidak turun pula, biasanya doktor bedah akan menganjurkan dua pilihan rawatan pembedahan yang boleh dilakukan yaitu menurunkan buah zakar ataupun mengeluarkan buah zakar tersebut.
Untuk mendapat maklumat lanjut tentang masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih
Photo by Hisu lee