
Sulit
4 tahun
Cara makan pil perancang secara berkesan
Xy ingin mengambil pil perqncang yasmin tp tidak tahu cara efektif. Sekarang sy period day 2 and my cycle usually last to 4 days only.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, terdapat pelbagai metode perancangan keluarga
Bagi menggantikan metode perancangan keluarga, harus diketahui bahawa pil perancang dijual secara strip. 1 strip pil perancang mempunyai 21 tablets, di mana ia harus diambil setiap hari. Sebaiknya pil pertama haruslah diambil pada hari pertama anda datang haid bulan tersebut. Pil yang seterusnya haruslah diambil setiap hari pada masa yang sama untuk memastikan keberkesanan pil perancang mengelakkan kehamilan. Kemudian, anda akan berehat selama 7 hari sebelum mulai makan strip baru.
Akan tetapi, secara umum, seorang wanita boleh mula mengambil pil perancang pada bila-bila masa dalam kitaran haid mereka. Walau bagaimanapun, ia boleh mengambil beberapa hari untuk pil untuk menubuhkan kitaran hormon yang konsisten dan efisien menghalang kehamilan. Dengan memulakan pil midcycle, seseorang berisiko kehamilan dan sebaiknya menggunakan kaedah perancang tambahan sehingga mereka mengambil pil itu selama sekurang-kurangnya 7 hari berturut-turut. Untuk lebih berhati-hati, sebaiknya puan menggunakan satu lagi jenis birth control seperti kondom pada bulan pertama mula makan pil perancang.
Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.