
Anonymous
5 tahun
Cirit birit berlarutan dan tekak tak selesa
Dah hampir 3 hari saya mengalami cirit birit… Saya ambil ubat “pil chi-kit teck aun” …tapi semalam saya rasa tak selesa pd bhgn tekak saya… Mungkin ada sedikit ubat tu tersangkut … Apa perlu saya buat?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan gejala-gejala yang cik/puan nyatakan, sakit tekak boleh disebabkan beberapa perkara seperti:
- Refluks asid (refluks boleh masuk ke saluran pernafasan dan menyebabkan kahak terhasil ketika tidur)
- esofagitis (radang esofagus)
- jangkitan kuman
- ulser oro-faringus
- kandidiasis
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.