
Sulit
3 tahun
Demam dan sakit sendi setiap kali period
Saya 42thn, dalam beberapa bulan ini setiap kali saya period saya akan demam & sakit sendi. Sering juga rasa sangat letih sehingga lah hari terakhir saya period.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, ketika haid, suhu badan seorang wanita boleh meningkat dan menurun kerana perubahan hormon dalam tubuh badan. Begitu juga dengan simptom lain seperti perubahan mood dan sakit badan/sendi serta payudara. Kebiasaannya perubahan ini dialami seawal seminggu sebelum kedatangan haid. Ini dipengaruhi paras hormon estrogen dan progesteron di dalam darah yang dihasilkan oleh kantung telur.
Rasa nak demam? Periksa suhu anda dan dapatkan kelegaan segera.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.
Demam mungkin berpunca daripada penyakit serius. Dapatkan nasihat Pakar sekarang!