
Sulit
3 tahun
Demam selama seminggu
Saya Seorang Lelaki 21 tahun, pada 21/6 saya berasa ingin demam dan ada sekidit batuk… selepas 3 hari saya hanya minum dan makan ubat penadol sahaja kerana tiada selera makan… sampai hari ini saya tak sihat lagi, tapi badan saya tidak panas dan hanya batuk,pening,rasa nak muntah…(ps sampai harini saya belum makan apa apa makanan)

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana mengajukan soalan.
Anda bertanyakan tentang masalah batuk, pening dan ingin muntah yang anda alami walaupun demam telah beransur pulih.
Untuk makluman anda, batuk sememangnya memerlukan sedikit masa untuk sembuh, rujuk kembali kepada doktor sekiranya berlarutan.
Maslaah pening dan rasa ingin muntah anda pula boleh disebabkan oleh perut anda yang kosong kerana sudah lama tidak menjamah makanan.
Anda disarankan untuk mengambil makanan yang lembut dan kuantiti yang sedikit tetapi kerap untuk mengelakkan muntah dan sakit perut seperti susu panas, oats atau bubur. Minum air dengan banyak dan segera rujuk kepada doktor jika keadaan anda bertambah buruk.
Hubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Harap penerangan ini membantu anda.
Terima kasih.