faroukahmed

6 tahun

Doc, dakah gatal-gatal menandakan sifilis?

Assalam/slmt ptg doktor,sy ingin tau tanda2 jika sseorg itu tlh dijangkiti sifilis…adakah pmulaan jgkitan pd bhgian kemaluan seorang pesakit itu akn berasa gtal atau sakit?

Salam sejahtera. Penyakit sifilis merupakan sejenis penyakit kelamin yang mempunyai empat peringkat dan tanda-tanda yang muncul adalah bergantung kepada peringkat penyakit tersebut.

Di peringkat pertama, biasanya seseorang mendapat ulser (chancre) yang tidak sakit, tidak gatal dan berwarna merah di kawasan yang dijangkiti seperti tempat kemaluan, zakar, dalam faraj, dubur atau dalam mulut. Pada masa yang sama, kelenjar limfa mungkin membengkak juga.

Di peringkat kedua, kira-kira 2-10 minggu selepas munculnya ulser, tanda-tanda yang mungkin dialami termasuk ruam di badan, tapak tangan dan tapak kaki, selesema, demam, sakit kepala, sakit badan, rasa penat, rambut gugur, bengkak kelenjar limfa, hilang berat badan dan ulser di bahagian kemaluan, dubur atau mulut. Tanda-tanda ini boleh hilang walaupun tanpa rawatan dan simptom-simptom peringkat ini juga boleh berulang.

Jika tidak dirawat, peringkat laten berlaku di antara peringkat kedua dan ketiga penyakit sifilis, di mana tiada tanda yang timbul walaupun anda masih mempunyai jangkitan sifilis dan boleh berlarutan selama beberapa tahun. Di peringkat terakhir, penyakit boleh merebak dan menyebabkan kerosakan organ-organ seperti otak, sistem saraf dan jantung dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.

Jika seseorang berasa risau dijangkiti sifilis, seseorang itu boleh melawat doktor untuk diperiksa, diuji dan diberi rawatan awal sekiranya perlu. Selagi tidak dirawat, seseorang itu boleh menyebarkan jangkitan ini kepada pasangan seksnya.

Waalaikumsalam, selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan tersebut. Jangkitan sifilis adalah disebabkan oleh bakteria bernama Treponema pallidum.

Apabila ia menjakiti manusia, simtom hanya akan muncul selepas 3 minggu jangkitan berlaku. Ini adalah peringkat pertama jangkitan ini dan dinamakan “primary syphilis”. Pada peringkat ini pesakit akan mendapat ulser yang dipanggil “chancer” pada bahagian kemaluan.

Sekiranya tidak dirawat, jangkitan sifilis ini akan melarat. Pesakit akan bebas dari sebarang simtom 3 - 10 minggu atau hingga 4 bulan selepas ulser sembuh. Pada peringkat kedua yang dipanggil “secondary syphilis”, pesakit akan mendapat ruam yang bermula pada badan kemudian merebak ke seluruh tubuh hingga ke tapak tangan dan kaki.

Peringkat seterusnya dipanggil “latent syphilis”. Pada peringkat ini, tiada sebarang simtom dihadapi oleh pesakit, namun bakteria tropenoma masih hidup di dalam tubuhnya. Peringkat ini mungkin berlaku selamanya atau hanya untuk beberapa tahun. Selepas itu, pesakit mungkin akan mengalami gangguan pada organ lain seperti otak, jantung, hati, tulang, sendi dan mata akibat jangkitan ini.

Peringkat ini adalah paling teruk dipanggil “tertiary syphilis”.
Pesakit yang disyaki menghidap sifilis atau menghidap sifilis haruslah mendapatkan rawatan agar ia tidak berlarutan dan membahayakan nyawa.

Dr Ilias,

5 tahun

Hai, selamat petang. Terima kasih untuk soalan anda.

Sifilis ialah sejenis penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai Sexual transmitted disease (STD) yang disebabkan oleh bakteria Treponema pallidum.

Terdapat 4 peringkat sifilis dan setiap peringkat mempunyai simptom-simptom yang berlainan. Berikut merupakan ringkasan peringkat tersebut;

  • Primary – benjolan kecil yang tidak sakit boleh dilihat di Kawasan kemaluan, dan bahagian punggung.
  • Secondary – banyak simptom seperti ruam merah yang tidak gatal, demam, kelenjar bengkak, sakit tekak, gugur rambut, sakit kepala, kehilangan berat badan, sakit otot, dan keletihan (rasa sangat letih)
  • Latent – Peringkat di mana terdapat bakteria dalam sistem badan tetapi dalam kuantiti yang sikit dan tidak menimbulkan sebarang simptom. Tempoh peringkat ini boleh mencecah bertahun lamanya.
  • Tertiary – peringkat ini ketika bakteria telah merosakkan organ badan dan tidak boleh diubat.

Antara organ terlibat ialah jantung, saluran darah, saraf dan otak. Ini sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian. Namun tidak ramai akan menghidap sifilis hingga ke peringkat ini.
Nasihat saya ialah jika anda merasakan terdapat keberangkalian yang tinggi untuk anda mendapat sifilis, sila hadirkan diri anda dan pasangan di klinik STD untuk mendapatkan ujian dan pemeriksaan yang sepatutnya.

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)