
Sulit
3 tahun
Garis kuku hitam saya perasan ada muncul garis hitam bawah ibu jari kuku saya yang rosak tu sejak tahun lepas tak hilang sampai sekarang
Saya wanita berumur 21 tahun dan 3 daripada kuku saya dijangkiti kulat sejak kecil lagi isi dan kuku seperti agak terpisah sedikit. tetapi saya perasan ada muncul garis hitam bawah ibu jari kuku saya yang rosak tu sejak tahun lepas tak hilang sampai sekarang. kadang kadang sahaja kuku yang rosak tu akan rasa sedikit sakit berdenyut. apakah itu tanda yang serius?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami faham bahawa anda bimbang tentang munculnya garis hitam pada kuku anda. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, secara umum, garis hitam pada kuku boleh boleh berlaku disebabkan beberapa perkara, seperti:
- kecederaan pada jari dan tangan
- ketuat virus
- jangkitan
- kesan ubat-ubatan
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh isu kesihatan yang lebih serius dan memerlukan pemerhatian segera daripada doktor, termasuk:
- Melanonychia linier
- pendarahan spilinter
- Terry’s nail
- Subungual Melanoma
Anda amat disarankan untuk menghubungi doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Semoga jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.