
Sulit
4 tahun
Kencing kerap seminggu sebelum haid nak datang
Saya wanita berkahwin berumur 26 tahun, mempunyai seorang anak yang masih fully breastfeeding berumur 1 tahun. Masalah saya sekarang saya kerap mengalami masalah kencing tak lawas dalam kuantiti yang agak banyak dan mengalami abdominal pain di bahagian bawah perut, dan kadang-kadang atas perut sekali. Next period saya sepatutnya 1-3-2021. Dan saya kerap menghadapi masalah ini setiap kali nak dekat dengan period saya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)bercakap dengan doktor.
Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya kencing tidak lawas, antaranya ialah:
• STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.