
Sulit
5 tahun
Kencing mengeluarkan air mani
Saya lelaki berumur 26 tahun, masih bujang. Menjak2 ni lepas sy kencing, air mani keluar sekali. Adakah berbahaya? Sy tinggal di KL, dimana ye sy perlu boleh buat pemeriksaan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, cairan yang keluar dari kemaluan tersebut boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Smegma iaitu sejenis kotoran yang bercampur dengan cairan tubuh normal seorang lelaki biasanya terkumpul akibat tidak berkhatan (sunat)
- Jangkitan saluran kencing juga dikenali sebagai kencing kotor
- Prostatitis iaitu akibat keradangan prostat
- Balanitis iaitu keradangan kulit zakar
- Penyakit jangkitan seksual
Memandangkan gejala ini baru sahaja timbul, sebaiknya anda mendapatkan perawatan untuk masalah ini. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.