Sulit
2 tahun
Keputusan hiv / result hiv
Hi doctor, saya nak tanya pada pada december 2021 sebelum 16 december 2021, saya ada melalukan seks bebas bersama seseorang , saya taktahu sama ada dia juga pernah bertukar tukar pasangan atau tidak. Jadi saya ambil keputusan utk membuat ujian darah hiv melalui vena pada tarikh 13 Feb 2022 , result pada 15 feb 2022 dan keputusan nya ada lah Non-reactive, apa maksud nya, and jika negative adakah saya perlu membuat ujian ulangan?
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Menurut penerangan encik, encik mendapat keputusan non-reactive dalam ujian darah HIV pada bulan Feb,iaitu 2 bulan selepas aktiviti seks tersebut. Non-reactive membawa maksud negatif dalam ujian darah HIV namun tidak bermaksud encik benar-benar bebas daripada jangkitan tersebut.Keputusan ini mungkin keluar dalam masa window period jangkitan ini.Saya menasihatkan encik untuk mengulangi ujian ini selepas sebulan dan mendapatkan nasihat daripada doktor untuk memantau simtom-simtom HIV dalam badan,memulakan rawatan antiretroviral therapy/ART secara serta-merta dan maklumkan kepada pasangan seks jika perlu.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.