Sulit
3 tahun
Kiraan hari pertama window period
kiraan hari pertama window period
- adakah bermula selepas kali terakhir melakukan aktiviti berisiko?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tempoh waktu window period adalah bermula daripada waktu anda terpapar dengan risiko jangkitan hiv tersebut. Berdasarkan pernyataan anda di atas, waktu window period bermula selepas anda melakukan aktiviti berisiko bersam orang yang dijangkiti virus HIV. Pada waktu window period tersebut, anda tidak mengalami sebarang gejala atau hanya gejala ringan disebabkan oleh tahap imun badan yang masih tinggi.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.