Sulit
2 tahun
HIV Terinfeksi Selepas 5-10 Tahun
Salam sejahtera.
Jika seseorang sudah melakukan hubungan berisiko (vagina dan anal seks) dengan memakai kondom dan setelah tamat window period (6 bulan) daripada hari terakhir hubungan berisiko disahkan negatif, adakah 5-10 tahun akan datang virus HIV akan terdektesi/terpapar juga?
Terima kasih.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, keputusan ujian yang negatif (non-reactive) selepas 6 bulan akan kekal negatif.
Walau bagaimanapun, jika anda terdedah kepada hubungan berisiko selepas atau dalam tempoh window period, anda harus memaklumkan ini kepada doktor anda dan mengulangi ujian HIV.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor anda untuk mendapat penerangan situasi anda dengan tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta penerangan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.