Sulit
2 tahun
Tertelan air mani sendiri
Saya lelaki berumur 15 tahun dan sya telah onani dan tertelan air mani sendiri dan sya mengalami gusi bengkak dan berdarah adakah sya berisiko untuk mendapat HIV
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, HIV berjangkit melalui cairan tubuh daripada orang yang dijangkiti HIV ataupun setelah terdedah dengan virus tersebut melalui hubungan seksual bersama orang yang telah dijangkiti HIV. Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa anda telah tertelan cairan air mani anda sendiri, makan risiko anda mendapat HIV adalah rendah.
Namun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.