Sulit
3 tahun
Soalan berkaitan HIV..hai doc…saya pernah buat aktiviti (sejenis) dengan kawan saya jadi doktor…saya telah buat rtk
Hai doc…
2 tahun lalu,saya pernah buat aktiviti berisiko(seks) sesama jenis,tahun ini,saya sudah buat RTK HIV dan result menunjukkan negatif,jadi doktor adakah ini tepat dan sah?
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, HIV adalah salah satu daripada virus yang biasanya merebak melalui cecair badan seperti darah, ‘semen’ atau susu ibu. HIV tidak akan merebak melalui sentuhan air liur. Sekiranya seseorang dijangkiti virus ini, mereka boleh mendapat gejala awal dalam 2 hingga 6 minggu selepas jangkitan. Gejala yang sering dikaitkan dengan jangkitan virus ini adalah :
- Demam menggigil
- Ruam
- Berpeluh di waktu malam
- Lenguh badan
- Sakit tekak
- Kepenatan atau lesu
- Noda limfa bengkak
- Ulser mulut
Namun, gejala-gejala ini juga boleh disebabkan oleh masalah lain dan bukannya jangkitan HIV sahaja. Sekiranya jangkitan HIV tidak dirawat seawal mungkin, individu tersebut boleh mendapat penyakit AIDS.
Terdapat banyak ujian untuk mengesan virus HIV. Ujian boleh dilakukan mengikut bilangan hari selepas jangkitan.
- Rapid test kit - Ia adalah cara ujian yang pantas yang mengambil masa 30 minit.
- Ujian darah - Sekiranya ujian rapid test menunjukkan keputusan positif, anda dikehendaki untuk menjalani ujian darah untuk mengesan antibodi HIV. Namun, ujian ini hanya boleh dilakukan antara 3-6 minggu selepas jangkitan HIV.
Untuk mengetahui ujian HIV yang paling sesuai untuk anda, sila rujuk kepada doktor. Anda boleh menghubungi kami secara atas talian untuk konsultasi peribadi.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.