Sulit
3 tahun
Maksud pendedahan kepada virus HIV
saya ingin mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan “selepas pendedahan kepada virus”?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, maksud selepas pendedahan kepada virus HIV adalah situasi di mana anda telah berhubungan dengan pesakit HIV, sama ada melalui hubungan seks, melalui sentuhan, mahupun melalui cairan tubuh. Sekiranya terdapat luka ataupun goresan pada kulit anda, kemudian anda berhubungan dengan pesakit HIV, situasi tersebut bermakna bahawa anda telah terdedah kepada virus HIV dan anda berisiko tinggi untuk dijangkiti virus HIV.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.