Sulit
3 tahun
Risiko untuk terkena jangkitan hiv
Doktor,saya nak tanya,saya pernah melakukan hubungan sex sejenis,tetapi kami berdua negative hiv. Adakah risiko untuk terkena jangkitan hiv itu tinggi, atau tidak dijangkiti hanya kerana kami berdua negative hiv?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa cara penyebaran HIV. Antaranya adalah melalui:
- Darah
- Air mani atau cecair pra mani iaitu air mazi
- Cecair faraj
- Cecair rektum
- Susu ibu
- Air ketuban
Berdasarkan pernyataan anda di atas, anda telah melakukan hubungan sejenis namun kedua-duanya adalah negatif hiv, risiko untuk anda dijangkiti HIV adalah rendah. Namun, jika terdapat salah seorang dari anda yang dijangkiti HIV dan anda melakukan hubungan sejenis, ia boleh menyebabkan anda terkena jangkitan HIV.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.