Sulit
2 tahun
Soalan berkenaan untuk HIV
jawapan berkenaan soalan di bawah:
- bilakah ‘window period’ HIV ini bermula?
- berapa lama masa tempoh ‘window period’ HIV ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, tempoh waktu window period adalah bermula daripada waktu anda terpapar dengan risiko jangkitan hiv tersebut. Pada waktu window period tersebut, anda tidak mengalami sebarang gejala atau hanya gejala ringan disebabkan oleh tahap imun badan yang masih tinggi. window period iaitu tempoh waktu diantara dijangkiti sampai antibodi HIV dikenalpasti dalam darah. Window period bagi setiap orang dapat berbeza-beza, walaupun rata-rata adalah sekitar 3 minggu. Sekiranya hasil pemeriksaan adalah negatif pada hari ke-90, rekomendasi CDC mengatakan bahawa hasil ini adalah tepat.
Secara kesimpulannya, ujian HIV disarankan untuk dijalani sekurang-kurangnya 3 minggu daripada tarikh penyebaran. Jika anda buat terlalu awal, ia tidak boleh di kenalpasti. Ulang pada mana-mana waktu dan lebih tepat 3 bulan selepas tarikh penyebaran.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.