Sulit
3 tahun
Penggunaan anal butt plug pada dubur yang baru adakah menyebabkan hiv
5 bulan lalu,saya penah gunakan alat anal butt plug pada dubur saya hanya 4 kali tetapi tidak berkongsi dengan individu lain dan hanya memakai sendiri sahaja. Saya hanya takut saya mempunyai hiv jika menggunakan alat itu dan setakat ini saya masih sihat dan tidak mengalami apa - apa gejala hiv.adakah saya telah mempunyai hiv hanya memakai alat itu 5 bulan yang lalu?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, HIV boleh berjangkit melalui beberapa perkara iaitu:
- Hubungan seksual
- Penyebaran daripada ibu kepada anak
- Perkongsian jarum suntikan
- Transfusi darah
- Ciuman mulut
- Tatu dan tindik
Berdasarkan pernyataan anda di atas bahawa anda telah menggunakan alat tersebut dan tidak berkongsi dengan orang lain, serta tidak mengalami sebarang gejala HIV, maka risiko anda untuk dijangkiti HIV adalah rendah.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.