Sulit
2 tahun
Risiko Jangkitan HIV selepas kondom koyak
Hi, saya telah melakukan hubungan seks dengan pelacur dan kondom saya koyak semasa kami sama-sama ejakulasi. Saya tidak tahu status kesihatan pelacur tersebut Saya telah mengambil PEP dalam masa 48jam. Saya telah menjalankan ujian darah sebelum PEP dan dalam masa minggu ke-2 hasilnya negatif. Dalam masa 2 minggu timbul kemerahan pada zakar yg mulanya rasa gatal. Saya telah melakukan ujian darah utk STD/STI dalam masa 2 minggu tempoh PEP. Tapi kemerahan pada zakar saya masih belum hilang. Sejauh manalah risiko saya terhadap HIV? Sejauh manakah PEP berkesan dalam tempoh 48 jam? Terima kasih.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, PEP harus digunakan jika anda HIV-negatif atau tidak mengetahui status HIV anda, dan anda fikir anda mungkin telah terdedah kepada HIV dalam tempoh 72 jam yang lalu untuk kesan terbaik bagi mencegah HIV. 48 jam adalah dalam jangka masa yang disarankan dan risiko untuk mendapati HIV ialah rendah tetapi ini tidak bermaksud risiko ini dihilangkan sepenuhnya. PEP perlu digunakan selama 28 hari.
Kemerahan akibat HIV boleh timbul dua hingga enam minggu selepas didedahkan kepada virus tersebut. Gejala HIV yang lain termasuk:
- Sakit kepala.
- Keletihan.
- Sakit otot.
- Sakit tekak.
- Nodus limfa bengkak (swollen lymph nodes) - sebarang biji bengkak yang timbul di leher atau bahagian bahan lain.
- Ruam merah yang tidak gatal, biasanya pada batang tubuh anda.
- Demam.
- Ulser (luka) dalam mulut, esofagus, dubur, atau alat kelamin anda.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk membuat pemeriksaan serta mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat dan rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.