
Sulit
4 tahun
Kerap Onani Dan telah melakukan onani lebih atau nak dekat 7 tahun
betul ke…onani akan menyebabkan wajah jd cepat tua?..lagi satu saya ada baca…betul ke onani akan menyebabkan mata akan nampak kuyu sepanjang masa…dan onani juga boleh menyebabkan sakit lutut?..kalau saya berhenti agak2…boleh ke keadaan sy kembali seperti sedia kala

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, onani atau nama lainnya masturbasi merupakan satu kegiatan yang dilakukan untuk mencapai kepuasan seksual mengunakan tangan ataupun alatan seksual. Setiap lapisan umur dan masyarakat adalah tidak digalakkan untuk mengamalkan kegiatan ini kerana ianya boleh mendatangkan banyak kesan buruk. Antaranya:
- Menimbulkan ketagihan yang sukar dibendung. Ketagihan tersebut dapat menyebabkan daya fokus, aktiviti seharian dan perhubungan sosial terganggu
- Mengurangkan sensitiviti & kepuasan kepada hubungan seksual sebenar,
- Menimbulkan rasa bersalah
- Trauma pada alat kelamin
Onani tidak dapat dipastikan untuk membuatkan seseorang lemah dan letih namun ianya boleh berkait rapat kerana interaksi hormon dalam badan. Kekerapan melakukan onani boleh menyebabkan kekurangan tenaga seksual serta masalah seperti ejakulasi pra-matang atau mati pucuk. Oleh itu, aktiviti onani ini tidak digalakkan kerana faktor-faktor tersebut.
Justeru kami menasihati anda agar menghindari aktiviti ini dan berjumpa dengan pakar psikiatri ataupun kaunselor untuk khidmat nasihat terutamanya jika ia sudah menjadi suatu ketagihan.
Buat masa sekarang lakukan aktiviti berikut untuk mengalihkan perhatian anda daripada kegiatan masturbasi:
- Bersenam atau aktiviti sukan secara berkala
- Lakukan aktiviti sosial bersama rakan dan keluarga
- Makan makanan seimbang
- Perbanyakkan aktiviti keagamaan
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Oleh itu, anda harus pandai mengawal emosi dan jangan kerap sangat melakukannya sehingga menjadikannya rutin seharian. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.