Anonymous
5 tahun
Kerap sakit kepala . Tempoh berpantang 54 hari
Saya berumur 27 tahun dan masih dlam tempoh berpantang 60 hari . Saya kerap mengalami sakit kepala …apakah puncanya ??
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Sakit kepala terbahagi kepada beberapa jenis kepada :
- Tension, atau sakit kepala tegang, dirasai sebagai ikatan tali yang kuat di kepala. Tension biasanya disebabkan oleh tekanan emosi dan fizikal.
- Migraine, atau pening jenis migrain, merupakan sejenis sakit kepala yang biasanya dirasai di salah satu belah kepala sahaja.
- Cluster, atau sakit kepala kluster, merupakan sejenis sakit kepala yang biasanya ditemani oleh mata sebelah yang sakit dan berair.
- Sinusitis, atau sakit kepala sinus, biasanya menyebabkan kesakitan di bahagian dahi dan pipi.
- Trigeminal Neuralgia, atau sakit muka berkaitan saraf, menyebabkan kesakitan yang teruk terutamanya di bahagian muka.
- Sakit otat dan tulang belakang di bahagian leher boleh menyebabkan sakit kepala terutamanya di bahagian belakang kepala.
- Ubatan moden atau ubatan tradisional boleh menyebabkan kesan sampingan seperti sakit kepala. Jika saudari mengambil ubat tahan sakit untuk jangka masa yang lama, saudari boleh mengalami rebound headache atau sakit kepala yang menjadi lebih teruk apabila saudari berhenti mengambil ubat tahan sakit tersebut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.