
Sulit
4 tahun
Kesan makan Habbatusauda
Saya wanita berusia 29 tahun dah sudah berkahwin. Pada bulan lepas saya ada makan Habbatussauda dan saya baru tahu Habbatussauda tu agak panas (perlu dielak jika merancang untuk hamil). Betul ke doctor? Untuk pengetahuan doctor, saya sedang merancang untuk hamil. Saya alert dengan waktu subur saya (cecair mucus yang keluar selepas beberapa hari period). Tetapi, pada bulan ini, tiada cecair mucus yang keluar dan menyebabkan saya tidak dapat agak bila waktu subur saya. Adakah masalah (tiada cecair mucus keluar) ini terjadi sebab saya consume Habbatusauda?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Terdapat pelbagai soalan mengenai sejarah kesihatan anda yang perlu ditanyakan.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.