
Sulit
4 tahun
Kesan pengambilan ubat selesema ubat cetirizine
Saya wanita berusia 31tahun. Hari sabtu hari tu saya ada selesema, jadi sy makan ubat cetirizine. Lepas tu selesema hilang, tapi selepas itu ada batuk dan tak sedap tekak. Rasa ada kahak tapi tak keluar dengan sepenuhnya dan masih rasa tak selesa. Dan saya dapati makan ubat itu membuat kan sy mengantok dan juga mendapat pedih ulu hati, pedih tekak. Bahagian dada rasa tak selesa lebih-lebih lagi bila nak tidur. Adakah betul ubat itu memberi sy kesan yang sebegitu?

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk pengetahuan puan/tuan, ubat Cetrizine mengandungi bahan seperti antihistamine serta anti-alahan ( antiallergics ). Indikasi untuk ubat ini adalah seperti berikut:
- Alahan kepada makanan ataupun persekitaran
- Hidung dan mata berair
- Selsema ataupun bersin
- Gatal
Kesan sampingan yang mungkin dialami oleh pesakit dalah seperti berikut:
Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut bagi mengetahui punca, dan seterusnya mendapatkan rawatan yang sesuai. Untuk mengetahui jika ubat ini sesuai untuk anda ambil atau tidak, sila rujuk kepada pihak kami di link ini (DoctorOnCallEPharma) secara peribadi melalui atas talian.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.