
Sulit
5 tahun
Ketidakselesaan di pangkal paha kanan selama beberapa bulan dan pendarahan ketika bersama suami
Selamat tengahari doctor. saya bella berusia 29 tahun. Bermula datang haid pada usia 13 tahun. Kitaran period dalam 28 hari. Mempunyai period yang tidak teratur seperti yg dikatakan doctor saya (period dalam 3 - 4 hari kemudian kering atau keluar sedikit).
Pada awal tahun 2011, saya telah berkahwin dan bersalin pada 2/2/2012 dan bercerai setelah bersalin. Anak saya kini berusia 7 tahun. saya tidak mempunyai pasangan setelah bercerai sehinggalah pada minggu lalu, 15/9/2019 saya telah berkahwin. semasa melakukan seks, suami berkata, dia terasa sesuatu yg pejal dan keras di bahagian kemaluan sebelah kanan saya seperti ketulan sebelum saya terasa sakit dan menghentikan seks kami. Melihat terdapat ketulan darah di bahagian kemaluan saya. saya bangun dan terus ke tandas untuk basuh, darah keluar dengan banyak berketul-ketul bagaikan hati ayam. saya tidak berasa sakit pada ketika itu. tetapi, pendarahan berterusan sehingga 1 setengah hari dan kemudian berhenti. saya mula panik dan berasa takut saya mempunyai penyakit yg sangat serius. untuk pengetahuan, beberapa bulan kebelakangan ini, saya memang berasa ketidak selesaan dibahagian pangkal paha (sekitar dalam vagina sebelah kanan). terutama ketika datang bulan. seperti sesuatu yg bergumpal didalam. saya mengambil keputusan berjumpa doctor pada selasa lalu 17/9/19, dan telah membuat ultrasound tetapi doc tidak menemui sebarang keanehan. saya kemudian di refer ke klinik kesihatan sek 7 utk pap smear yg dijadualkan pada 27/9/19 ini. pada 17/9 tersebut saya hanya melakukan vaginal checking, vaginal screening, test darah utk hep B dan C serta test HIV. keputusan hiv adalah non reactive. doctor hanya membekalkan ubat antibiotic metronidazole 200mg utk 5 hari. tetapi sekarang saya mula berasa ketidakselesaan pada pangkal paha/vagina/serviks/pangkal rahim sebelah kanan (sebenarnya saya kurang pasti bahagian mana yg berlaku pendarahan). persoalannya, apakah pendapat doctor?, adakah saya mempunyai penyakit yg serius? adakah kes yg lebih kurang sama dengan saya? adakah faktor saiz zakar suami boleh menjadi penyebab kemaluan cedera? kerana saiz zakar suami yg besar dan saya pulan menggunakan serum pengetat vagina. saya mengalami kesukaran untuk tidur kerana kerisauan melampau dan berasa terlalu takut. saya juga murung kerana memikirkan tanda2 yg ada pada saya sama seperti google seperti, pada minggu ini perut berasa berangin (bloating) dan sering kentut, pendarahan serta sakit ketika seks.
Makluman tambahan,pada tahun lalu (2018), saya telah disahkan mempunyai penyakit hypertiroid, gerd dan anxiety serta depression dan mempunyai ketulan kecil di tiroid tetapi tidak mengambil sebarang ubat tiroid. saya juga mempunyai penyakit gerd dan anxiety yg agak serius sehingga mengambil pil anti depression. beberapa tahun sebelum itu(mungkin sekitar 5 tahun ini), saya pernah mengalami pendarahan (seperti buasir) di bahagian dubur tetapi tidak pernah berjumpa doctor. hanya mendapatkan rawatan klinik sahaja.
Doctor, saya menghargai setiap jawapan yg diberikan. kerana saya berasa doctor yg merawat saya seperti tidak memberi maklumat yg cukup untuk saya.
Terima kasih.
Bella

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala pendarahan ketika melakukan hubungan seks boleh disebabkan:
- Faraj kering (“vaginal dryness”)
- Kurang pelincir ketika seks
- Jangkitan kulat candidiasis menyebabkan gejala seperti gatal, merah, keputihan yang pekat dan pendarahan selepas seks.
- Ketumbuhan fibroid atau polip di pangkal rahim boleh menyebabkan pendarahan selepas hubungan seks.
- Luka pada dalam serviks
- Kesan penggunaan serum yang anda ambil
Anda dinasihatkan untuk mengikuti rawatan yang diberikan doktor anda dan ini termasuklah rawatan hipertiroid dan depresi. Hasil keputusan pemeriksaan doktor boleh menjadi negatif kerana pendarahan sudah tiada lagi. Anda dinasihatkan untuk tidak menggunakan sebarang produk yang tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia kerana ia boleh membahayakan nyawa jika terdapat bahan terlarang. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.