
Sulit
4 tahun
Kulit kepala berkuping dan merebak ke bahagian kulit kepala lain
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera doktor,
Saya ingin bertanya beberapa soalan? Kulit kepala saya jadi berkuping-kuping dan bila digaru keluar kuping dan habuk seolah2 macam kelumumur dan kadang-kadang juga sampai berdarah. Saya pernah pergi cek ke doktor pakar kulit dan beliau mengatakan itu bukan kelemumur dan mungkin terjadi adalah disebabkan faktor resdung. Beliau ada memberikan saya ubat sapu dan apabila menggunakannya kulit kepala saya sembuh.
Tetapi apabila ubat sudah habis dan saya tidak menggunakan ubat lagi, kuping di kulit kepala saya datang lagi dan merebak di keseluruhan kulit kepala di bahagian belakang.
Kebelakangan ini juga saya sering sakit kepala dan migrain. Adakah kulit kepala kerkuping menjadi faktor kepada sakit kepala dan migrain saya?
Adakah juga kulit kepala berkuping ini jika dibiarkan akan menjadi masalah yg lebih serius untuk kesihatan saya seperti ketumbuhan di dalam kepala or sebagainya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, gejala kulit berkuping yang anda hadapi boleh disebabkan oleh beberapa penjelasan, antaranya:
- Kelumumur
- Penyakit psoriasis
- Jangkitan kurap seperti tinea capitis
- Jangkitan kulat
- Alahan dermatitis - pada shampu atau produk rambut
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Mengenai sakit kepala atau migrain, ianya boleh disebabkan oleh beberapa faktor seperti stress, masalah pembuluh darah atau masalah organik lain (di dalam kepala). Namun, faktor kulit kepala berkuping tidak menyebabkan masalah sakit kepala mahupun ketumbuhan di dalam kepala, secara langsung. Pelbagai pertanyaan yang perlu digali untuk mengenalpasti punca masalah ini.
Dapatkan rambut yang sihat mulai hari ini !
Kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Untuk info lanjut secara mendalam, anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih