Sulit
2 tahun
Masalah kulit kepala berkelemumur selepas bersalin
Hi, saya merupakan seorang ibu yang baru bersalin 9 bulan yg lepas. dan saya mengalami masalah kulit kepala berkelemumur yang agak teruk selepas bersalin.
Saya tidak mengalami masalah seperti ini sebelum dan semasa mengandung.
adakah kulit kepala saya menjadi sensitive setelah bersalin?
dan macam mana nak tahu kulit kepala sensitive atau tidak?
minta bantuan penjelasan sebab saya agak keliru. terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Seborrhoic dermatitis
- Kebersihan rambut yang tidak terjaga
- Contact dermatitis
- Malassezia
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.