Sulit
3 tahun
Rambut gugur yang sangat banyak
Saya wanita dalam 20 an mengalami masalah rambut gugur yang sangat banyak selepas saya kehilangan berat badan sebanyak 10kg , dan kuku saya menjadi lembut . Adakah saya mengalami hypertiroid ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah keguguran rambut yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah keguguran rambut pula, ianya boleh berpunca daripada:
- tekanan fizikal
- kekurangan protein
- keturunan
- PCOS -polycystic ovary syndrome
- tekanan emosi
- anemia
- overstyling rambut
Untuk mengetahui rawatan yang sesuai, puncanya haruslah diketahui terlebih dahulu. Justeru, maklumat dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Anda mempunyai pilihan samada untuk berjumpa dengan doktor umum dahulu sebelum dirujuk kepada pakar jika perlu atau langsung berjumpa dengan doktor pakar kulit untuk mendapatkan nasihat lebih lanjut.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih