Sulit
3 tahun
Keguguran rambut lelaki 50 tahun sehingga hampir botak
hai doc, ayah saya (umur 50 tahun) dalam seminggu ni mengalami keguguran rambut yang melampau sehingga hampir botak. Sejarah penyakit ayah saya ada penyakit darah tinggi, kolesterol, resdung dan tonsil. dia juga pernah dapat covid stage 4 dan intubate seminggu pada bulan 8 yang lepas. Adakah keguguran rambut yang ayah saya alami normal atau serious yg perlu dapatkan rawatan? mohon penjelasan. Terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah ayah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah ayah anda. Antaranya adalah:
- genetik
- infeksi kulat
- Iron deficiency anaemia
- Syphilis dan sebagainya.
Keguguran rambut juga boleh diklasifisikan seperti berikut:
- alopecia areata
- drug-induced alopecia
- male pattern baldness
Untuk makluman pihak anda, terdapatlah banyak jenis rawatan untuk keguguran rambut. Antaranya:
- Ubat-ubatan
- Tampalan rambut
- Pertanaman rambut
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.