Sulit
3 tahun
Rambut gugur mcm mne yer
Saye berumur 21 tahun tapi di tengh bahagian kepala saye telah terjadi keguguran rambut, yang ter amat ketara, saye malu nk keluar rumah, malu nk berjumpa dengn orang, walaupon bahagian tepi belakng dan kiri kanan masih lebat, tapi di bahagian tengh mulai menipis , tolong saya , saye dh cuba pelbagai jenis minyak, contoh minyak kelapa, minyak zaitun, minyan telur, ade lagi yang saye beli, tapi tiada hasil doc, tolong saye dengn ape jua cara doc🙌🏼
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kerungsingan anda mengenai masalah rambut yang gugur pada bahagian tengah kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, rambut manusia akan gugur secara normal dalam 50-100 helai sehari. Keguguran rambut tersebut boleh disebabkan oleh:
- Alahan terhadap produk syampu
- Masalah kelemumur
- Genetik
- Kurang nutrisi
- Masalah kesihatan tertentu
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut dan menentukan rawatan yang sesuai.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.