Sulit
3 tahun
Keguguran rambut sejak remaja
Anak laki saya mempunyai g6pd keguguran rambut sejak umur 15 tahun. Ada kaitan kah dgn g6pd, apa perlu saya buat utk rambut tumbuh kekal sihat? Ada mengambil syampu pelekat dan penggalak tumbuh tapi gugur juga yg baru tumbuh itu. Tapi belum pernah ambil apa2 supplement utk masalah ini. Sila bantu, terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kekhuatiran anda. Untuk pengetahuan anda, masalah keguguran rambut lebih sering dialami oleh mereka yang mempunyai family history terhadap gangguan yang sama. Walaubagaimanapun, pada umumnya masalah keguguran rambut boleh juga disebabkan oleh:
- Ketidakseimbangan hormon
- Faktor genetik
- Gangguan stress yang berlebihan
- Faktor ubat-ubatan
- Penyakit atau gangguan kesihatan yang memerlukan rawatan susulan
Dapatkan supplement bagi mengurangi gejala rambut anda segera !
Walaupun rawatan bagi menyelesaikan punca keguguran rambut memerlukan tindakan lanjut dari doktor pakar, anda boleh mendapatkan supplement bagi merangsang pertumbuhan mahupun mengurangi keguguran rambut. Namun yang demikian, anda tetap digalakkan untuk menghubungi kami bagi mendapatkan informasi yang lebih lanjut. Sila klik di link tersebut. ( DoctorOnCall )