noor43061
3 tahun
Suplemen bagi keguguran rambut
Saya wanita berumur 31 tahun dan telah berkahwin. Saya memang menghadapi masalah keguguran rambut. Pelbagai jeni shampoo telah dicuba dan masih tidak menunjukkan kesan. Saya juga telah mengambil suplemen vitamic C (Vitamin C + Bioflavonoids) sejak 3 bulan lalu dan masalah keguguran rambut saya bertambah teruk. Adakah keguguran rambut semakin teruk itu berpunca dari suplemen Vitamic C tersebut? Apakah suplemen yang boleh saya ambil bagi mengatasi masalah keguguran rambut?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah rambut gugur pada usia yang muda boleh mengganggu penampilan dan keyakinan diri seseorang, baik lelaki atau wanita. Jangan risau kerana kami akan membantu anda.
Masalah keguguran rambut ini boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan dengan mengenali punca keguguran tersebut, masalah ini boleh ditangani dan rambut akan tumbuh seperti biasa .
Antara punca lazim mengapa seseorang mengalami masalah rambut gugur adalah:
- Penjagaan rambut yang kurang baik
- Stres
- Kecederaan pada kulit kepala
- Alopecia
- Ketidakstabilan hormon
Ingin kami tekankan bahawa penggunaan ubat tanpa preskripsi doktor adalah tidak digalakkan . Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami di atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai masalah keguguran rambut yang dialami.
Kami berharap jawapan kami membantu. Terima kasih.