Sulit
3 tahun
Rambut gugur secara berlebihan tanpa sikat
Selamat sejahtera doktor. Saya perempuan berumur 17 tahun. Rambut saya gugur banyak. Saya ikat rambut saya seperti biasa pun rambut gugur dan jatuh ke hujung rambut saya walaupun saya tak sikat rambut. Saya agak risau, saya pernah dengar orang kata rambut gugur apabila sikat rambut tapi masalah yg saya hadapi ini beza sangat. Adakah apa apa suplement yang saya boleh makan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah keguguran rambut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, rambut gugur boleh disebabkan oleh banyak perkara atau penyakit tersembunyi. Biarpun ibu anda mengalaminya ia tidak semestinya genetik asli. Antara punca rambut gugur adalah:
- Stress
- Ikat rambut terlalu ketat atau berbanyak menjengkelkan kulit kepala
- Menurunkan berat badan secara mendadak (bersukan berlebihan)
- Kekurangan vitamin
- Masalah folikel rambut
- Ketidakseimbangan hormon
- Kesan sampingan pengambilan sesetengah ubat
- Masalah genetik
Terlalu banyak penyakit yang mempunyai simptom rambut gugur. Kami tidak dapat memberikan nasihat rawatan serta diagnosis tepat tanpa sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal. Jika disebabkan oleh penyakit, terdapat rawatan berbeza bagi penyakit yang berbeza. Jika disebabkan proses penuaan, rawatan tidak perlukan, tetapi prosedur tertentu untuk tujuan kosmetik boleh dilakukan.
Oleh yang demikian, kami sarankan agar masalah ini dirujuk kepada doktor atau pakar kesihatan kami. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Masih was-was? Dapatkan bantuan pakar kulit bagi membantu masalah kulit anda!