Sulit
3 tahun
Keguguran Rambut yg Teruk
Saya remaja berumur 21 tahun mengalami keguguran rambut yg sangat banyak tetapi tidak tahu punca . sedangkan kulit kepala saya tidak gatal . jadi saya buntu dn pening , tak tahu nak pakai shampoo jenis apa . tolong berikan jawapan ye . terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Tekanan fizikal
- Kekurangan protein
- Keturunan
- Policystic ovary syndrome (PCOS)
- Tekanan emosi
- Kesan penggunaan ubat-ubatan tertentu
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.