Sulit
3 tahun
Isteri Mengalami Masalah Keguguran Rambut Yang Agak Serious Sehingga Mengalami Botak di Tengah Kepala
Hi Doktor, isteri saya berumur 49 tahun dan mengalami masalah keguguran rambut. Baru baru ni dia telah keguguran rambut yang agak serious iaitu botak (bulat) di tengah kepala berukuran diameter lebih kurang dalam 2 inci. Saya ingin bertanya apa kah yang menyebabkan perkara itu berlaku dan juga ingin mendapatkan nasihat doktor cara-cara untuk rawatan mengurangkan/menghilangkan keguguran dan untuk rambut dia tumbuh kembali. Sekian terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangahn isteri anda yang mengalami masalah keguguran rambut. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, rambut manusia akan gugur secara normal dalam 50-100 helai sehari. Keguguran rambut tersebut boleh disebabkan oleh:
- Alahan terhadap produk syampu
- Masalah kelemumur
- Genetik
- Kurang nutrisi
- Masalah kesihatan tertentu
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut untuk mengatasi masalah rambut gugur yang dialami.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.