Sulit
2 tahun
Mengalami masalah gugur rambut teruk
Hi Docktor, umur saya 28tahun dan mengalami masalah gugur rambut sejak umur saya 25,26 tahun. Sekarang sudah hampir botak ,terpaksa cukur rambut setiap hari. Bagaimana mengatasi masalah rambut ini?
2 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda mempunyai masalah keguguran rambut. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, rambut gugur boleh disebabkan oleh banyak perkara atau penyakit tersembunyi. Antara punca rambut gugur adalah:
- Stress
- Ikat rambut terlalu ketat atau berbanyak menjengkelkan kulit kepala
- Menurunkan berat badan secara mendadak (bersukan berlebihan)
- Kekurangan vitamin
- Masalah folikel rambut
- Ketidakseimbangan hormon
- Kesan sampingan pengambilan sesetengah ubat
- Masalah genetik
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.