
nurasmaabdulaziz
5 tahun
Kulit kepala terasa sakit, ngilu apabila disentuh
Saya mengalami masalah kulit kepala ngilu & sakit bila disentuh,hanya berlaku pada waktu malam dan ditempat yang berbeza. Adakala sakit dibahagian kiri dan adakala dibagian kanan. Setakat ini, saya hanta mampu bertahan apabila bahagian sakit itu dituam dengan ais batu. Harap doc dpt membantu sye

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, sakit di kulit kepala boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Perdarahan scalp (kulit kepala)
- Perdarahan atau jangkitan subgaleal (lapisan bawah kulit kepala) akibat daripada trauma, meningitis ataupun sinusitis (resdung)
- Abses subgaleal (nanah)
Memandangkan gejala ini telah berlangsung sejak sekian lamanya, dikhuatiri terdapat penyakit yang lebih serius yang mendasari. Justeru, anda digalakkan untuk memeriksakan diri ke doktor. Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.